Bablu Jatav.38 tahun. Itulah nama seorang ayah yang tabah meneruskan sebuah perit kehidupan bersama anakandanya yang tercinta, Damini. Damini yang berumur sebulan terpaksa ‘mengikut’ ayahnya : seorang penarik beca : kemana sahaja destinasi yang penumpang inginkan.
Erti Pengorbanan Dan Kasih Seorang Ayah
Keistimewaan Membaca Al-Quran
Keistimewaan Membaca Al-Quran
1. Pahala yang berlipat ganda bagi orang yang membaca Al Qur’an
Dari Ibnu Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Radhiyallahu ‘anhu bersabda :
مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
الترمذي رواه
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah (Al Qur’an) maka baginya satu kebaikan dan satu kebaikan itu dilipatgandakan dengan sepuluh (pahala). Aku tidak mengatakan ” الم “Alif Laam Mim adalah satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf” (HHR. Tirmidzi)
4 Sebab Suami Patut Teman Isteri Bersalin
Terus terang saya cakap tak semua orang akan sanggup teman wife dia
time nak deliver baby. Kadang-kadang muka nampak gangster cerita kat
orang bergaduh tiap-tiap minggu tapi bila teman bini deliver baby
pengsan. Tu hakikat tapi alhamdulillah saya berjaya teman isteri saya
tanpa sikit rasa takutpun dan bagi saya ada 4 sebab kenapa seorang suami
kena teman isteri dia bersalin :
JAGA DIRI ANDA DARI 7 SIFAT SOMBONG INI
1.
Sombong kerana kelebihan seseorang dengan pengetahuan ilmunya, baik
ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada, dia
menganggap orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada
pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.
Orang yang
sombong seumpama ini hendak dirinya selalu dihormati oleh orang lain
terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang
bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.
Hari Raya Aidiladha
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
JANGAN TERLALU BAIK,SAYA AKAN MERINDUI AWAK..
Malam tadi, sambil rehatkan diri sempat juga aku capai satu majalah yang baru saja aku beli. Majalah tu keluaran November 2008. Aku baca satu artikel… tiba-tiba aku tersenyum keseorangan.
Berikut antara petikan yang buatkan aku tersenyum. Aku terfikir, kenapakah aku tetiba tersenyum setelah membacanya…
ANDAINYA AWAK TAHU..
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Rahsia Disebalik Janggut Suami Pada Isteri
Rahsia Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut
Sabda Rasulullah SAW:
“Cukurlah (menipiskan) kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)
“Tuhanku memerintahkanku untuk memelihara janggutku dan memotong kumisku.” (HR. Thabrani)
Jodoh Menurut Islam
Allah SWT mempunyai tiga pilihan dalam menjodohkan manusia satu sama lain. Pilihan pertama adalah cepat mendapatkan jodoh. Pilihan kedua, lambat mendapatkan jodoh, tapi suatu ketika pasti mendapatkannya di dunia. Pilihan ketiga adalah menunda mendapatkan jodoh sampai di akhirat kelak (di dunia kita tidak mendapatkan jodoh).
Kebaikan Atau Keburukan Internet
Pada masa kini secara umumnya ramai yang telah didedahkan dan berkemahiran untuk menggunakan kemudahan internet sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Dengan kemudahan internet, semua kebaikan dan keburukan berada di hujung jari kita.
Kisah Su'ul Khatimah (Mati Terbakar Kerana Mempertikaikan Hukum-hukum Allah)
Sahabat yang dirahmati Allah,
Terdapat kisah benar berlaku di Iskandariah Mesir, seorang wanita muda menghina hukum Allah SWT bab menutup aurat
dan mencabar kekuasaan Allah SWT akhirnya mati dibakar di dunia ini lagi.
Terdapat kisah benar berlaku di Iskandariah Mesir, seorang wanita muda menghina hukum Allah SWT bab menutup aurat
dan mencabar kekuasaan Allah SWT akhirnya mati dibakar di dunia ini lagi.
Adab-adab Tidur Dalam Islam
Sesungguhnya seorang muslim memandang tidur sebagai nikmat Allah yang diberikan kepada hamba-Nya. Allah berfirman yang bermaksud, “Dan kerana rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya”.
(Suah Al-Qoshos ayat 73).
(Suah Al-Qoshos ayat 73).
Peranan & Tanggungjawab Pemimpin Dalam Islam
Peranan Dan Tanggungjawab Pemimpin Dalam Islam
Firman Allah swt, Al Anfaal: 27. Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah swt dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan keatas kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
Tips Mengelakkan Facebook anda di 'HACK'
Ramai diantara kita kini mempunyai profile Facebook masing - masing. Tahu kah anda, profile Facebook anda mudah diceroboh? Tujuan mereka menceroboh profile anda adalah untuk mendapatkan maklumat dan melihat gambar - gambar peribadi anda. Disini saya ingin berkongsi tips untuk mengelakkan akaun Facebook anda diceroboh.
Anak Kurang Sopan
Kurang sopan bila seorang anak bagitahu ayahnya macam ni: "Kalau ayah nak duit, bagitahu saya lah ye"...(sambil bersalam)
Saya yang sedang berurut dengan ayahnya kerana tergeliat kaki diam sahaja mendengarnya sehinggalah ayahnya luahkan pada saya.
"Seorang anak, tak sepatutnya bertanya begitu kepada seorang ayah, dahdia tahu ayah dia ni hidup susah, hulur je lah. Malu pakcik nak minta dengan anak, anak beri..pakcik ambil. Kalau anak tak beri, pakcik diam. Malu nak meminta ni walaupun dengan anak".
Saya yang sedang berurut dengan ayahnya kerana tergeliat kaki diam sahaja mendengarnya sehinggalah ayahnya luahkan pada saya.
"Seorang anak, tak sepatutnya bertanya begitu kepada seorang ayah, dahdia tahu ayah dia ni hidup susah, hulur je lah. Malu pakcik nak minta dengan anak, anak beri..pakcik ambil. Kalau anak tak beri, pakcik diam. Malu nak meminta ni walaupun dengan anak".
Cukur jambul amalan bidaah orang Melayu
AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.
Zakwan Ibn-Abdilqais (Pemuda yang berani dizaman Rasulullah.)
Zakwan Ibn-Abdilqais (Pemuda yang berani dizaman Rasulullah.)
Pada suatu malam yang gelap, Rasulullah (s.a.w) membuat persediaan yang perlu untuk pengawalan dan penjagaan kawasan perkhemahan pada malam itu. Seketika baginda Rasullullah (s.a.w) bersabda:
“ Siapakah di antara kamu yang akan mengawal khemah aku pada malam ini?”
Salah seorang diantara mereka yang ramai bangun dan berkata;
“Aku, Wahai Pesuruh Allah!”
IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Betapa Hinanya Diri Kita =(
Hina itu dituntut ke atas hamba, mana mungkin seseorang yang bertaraf hamba berlagak sombong dan membanggakan diri. Hamba yang berlagak sombong tidak mungkin wujud kerana taraf hamba ialah di mana seseorang itu tidak memiliki apa-apa pun baik harta mahupun dirinya sendiri, begitu hina...
Ibu Mertuaku..
Seringkali kedengaran rungutan isteri tentang ibu mertua iaitu ibu kepada
suami. Rata-rata ramai isteri tidak sesuai dgn ibu mertua. Ada saja
perkara yang seringkali berlaku perselisihan faham antara ibu mertua dan
isteri. Mengapakah isteri tidak dapat hidup aman bersama sedangkan
sama-sama wanita? Apakah yang menyebabkan mereka sering cemburu?
ADAKAH DIBENARKAN UNTUK BEKERJA DI BANK? - Dr. Yusuf Qardhawi
Berikut adalah mafhum bebas dari fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi di dalam kitabnya Fatawa Mu'ashirah:
Salah seorang hamba Allah bertanya kepada beliau mengenai hukum bekerja di bank yang mengamalkan sistem riba. Masalahnya, ketika beliau mencari pekerjaan tidak ada yang menerimanya kecuali bank berkenaan.
Dr Yusof al-Qardhawi menjawab bahawa sistem ekonomi Islam berdiri atas dasar anti riba. Ia dianggap sebagai satu dosa besar yang boleh menghabisi keberkatan individu dan masyarakat. Malahan mampu memanggil bencana di dunia dan akhirat.
30 Tips Menjadi Suami Mithali Idaman Isteri
SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang
dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam
satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada
semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan
sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?
Mengapa Rasulullah SAW Melarang Minum Berdiri?
Rasulullah ﷺ menekankan adab makan dan minum. Dalam hadis disebutkan “Janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan, Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal.
Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki yang ingin mencari pasangan hidup (isteri)
Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki :
“Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. Yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Basaqah dan yang Syadaqah”.
Imam Syafie Mengharamkan Majlis Tahlil
Seperti sabda Rasulullah:
"Barangsapa mengada-adakan hal baru di dalam perkara yg tidak ada dalil di dalamnya, maka tertolak".(Diriwayatkan Bukhari & Muslim)
"Barangsapa mengerjakan apa-apa tanpa adanya perintah dari kami, maka perbuatannya itu tertolak".(Diriwayatkan Muslim)
"Hendaklah kalian semua mengikut sunnahku & sunnah Khulafa Ar-Rasyidin yg berpetunjuk setelahku. Berpegang teguhlah kepadanya & 'gigitlah ia dgn gigi geraham'. Jauhilah oleh kalian perkara-perkara baru, kerana semua perkara baru adalah bid'ah. dan setiap bid'ah adalah kesesatan". riwayatkan Ahmad, Abu Daud, At-Tarmidzi, dan Ibnu Majah)
Bagaimana hendak membuang sifat ego dalam diri...?
Manusia diciptakan sebagai khalifah kat muka bumi ini. Setiap manusia kat muka bumi ini berbeza antara satu dengan yang lain. Oleh itu kita hidup di bumi ini perlu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Ibaratkanlah hidup kita sebagai batu-bata untuk membina rumah. Sekiranya kurang satu batu-batu itu, maka
tidak lengkaplah rumah yang ingin dibina.
( pentingnya pertalian kita ek ?)
Laungan Azan Tidak Pernah Putus
ALLAH SWT menyeru ummah manusia untuk bersujud kepada-Nya melalui seruan azan. Sempena peristiwa Israk dan Mikraj junjungan Nabi Muhammad SAW ibadah solat difardukan kepada umat Muslimin bagi menyatakan tauhid dan keagungan-Nya.
Sejarah dan Kisah Laut Mati di Jordan
Laut Mati terletak kira-kira 50 km dari Amman- ibu negara Jordan dan kira-kira 95 km dari Mantiqah Karak .
Laut Mati bersebelahan dengan Negara Palestin yang kini ditakluki oleh Yahudi Laknatullah yang boleh dilihat dari sini. Berada 397 meter di bawah paras laut dan merupakan kawasan terendah di dunia.
Kesan Laut Mati ini membuktikan kebenaran dari ayat Al-Quran mengenai bala yang telah menimpa kaum Nabi Luth a.s di atas maksiat yang mereka lakukan kira-kira 3900 tahun yang lampau.
PANDUAN SOLAT SUNAT DHUHA CARA NABI S.A.W.
Dhuha
menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik
sehingga ketika matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha
adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut.
PENGERTIAN SEBUAH KEMENANGAN (RAMADHAN)
Ramadhan hampir meninggalkan kita. Syawal pasti akan menjelang. Di dalam detik beberapa ketika lagi ini, mari kita sama-sama berada di dalam kesedaran tertinggi melihat aturan Allah SWT menjadikan sebuah proses tarbiah atau pemantapan diri yang sejati…jiwa…roh…iaitu kita yang sebenar.
ADAB MENGAKHIRI RAMADHAN DAN MENYAMBUT AIDILFITRI
ZIARAH KUBUR SEBELUM TERBENAM MATAHARI PADA HARI TERAKHIR RAMADHAN
Menziarahi kubur pada hari terakhir Ramadhan sebelum terbernam matahari dan memohon keampunan untuk ahli-ahlinya (dan bukan menziarahi selepas solat sunat aidilfitri).
PERMULAAN AIDILFITRI
Sejarah hari perayaan sebenarnya telah bermula sebelum kedatangan Islam. Ketika Madinah Al-Munawarrah bernama Yathrib, ia sudah menyambut perayaan. Menurut Anas ra, tatkala Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, Baginda telah menukarkan dua perayaan dengan dua perayaan yang jauh lebih baik, iaitu Aidilfitri (Hari Raya Puasa) dan Aidiladha (Hari Raya Haji atau Korban). Hadis dan riwayat sahabat menceritakan cara Rasulullah menyambut kedatangan Aidilfitri, antaranya:
Menyambut Aidilfitri Menurut Tuntutan Islam
Jangan terlalu cepat menghukum
Sebagai manusia yang beriman kepada Tuhan yang Maha Satu, dan Nabi Muhammad s.a.w adalah Utusan Tuhan yang Terakhir.. Maka kita semua pasti yakin terhadap pahala, dosa, syurga dan neraka. Kita semua juga tahu bahawa kelak pasti kita akan meninggalkan dunia ini, dan yang kita bawa ke alam selepas mati hanyalah amalan kita di bumi samada yang baik mahupun yang buruk.
Kesilapan-Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak
Terdapat banyak bentuk kesilapan dalam mendidik anak-anak.
Kesilapan terbesar ialah kegagalan ibu dan bapa menjadikan agama sebagai teras dalam pendidikan anak-anak.
Adab Memberi dan Menerima (sedekah, hadiah, hibah atau sebarang bantuan dan pertolongan)..
Firman Allah yang bermaksud, "Hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa." (Surah Al-Maidah, ayat 2)
Adab Memberi (Sedekah, hadiah, hibah atau sebarang bantuan dan pertolongan)
1. Niat kerana Allah SWT.
Tujuan untuk membantu dan menjalinkan ikatan persaudaraan...bukan sebab nak menunjuk-nunjuk. Namun boleh juga sebagai cara untuk berdakwah bagi menarik minat seseorang ke arah Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)