-->

Pages

Zakwan Ibn-Abdilqais (Pemuda yang berani dizaman Rasulullah.)



Zakwan Ibn-Abdilqais (Pemuda yang berani dizaman Rasulullah.)

Pada suatu malam  yang gelap, Rasulullah (s.a.w) membuat persediaan yang perlu untuk pengawalan dan penjagaan kawasan perkhemahan pada malam itu. Seketika baginda Rasullullah (s.a.w) bersabda:

“ Siapakah di antara kamu yang akan mengawal khemah aku pada malam ini?”

Salah seorang diantara mereka yang ramai bangun dan berkata;
“Aku, Wahai Pesuruh Allah!”


Nabi bertanya;
“Apakah nama kamu?”

Orang itu menjawab;
“Zakwan, namaku”

Nabi berkata;
“Baiklah, ambillah tempat kamu.”

Seterusnya baginda bertanya lagi;
Siapakah lagi yang sukarela untuk mengawal khemah aku malam ini?”

“Aku, Wahai Pesuruh Allah,” seorang lagi mengatakan kesanggupannya.

Nabi bertanya;
“Siapakah kamu ini?”

Orang itu menjawab;

“Aku ialah Abu Saba (bapa kepada Saba)”

Kata nabi lagi;

“Baiklah,silakan duduk dibawah”

Nabi bertanya lagi buat kali ke tiga.

"Siapakah yang akan menjadi orang ketiga untuk mengawal khemah ku malam ini?"
"Saya, Wahai pesuruh Allah,"seorang lagi bersuara diantara khalayak yang ramai itu.

“Nama kamu?” Tanya Nabi

Orang itu menjawab;

Ibn-Abdilqais (anak lelaki kepada Abdul Qais)
Kata Nabi;

“Baiklah,kamu juga duduk dibawah,”
Kemudian Rasulullah menyuruh ketiga-tiga sukarelawan itu datang berjumpa dengannya..tetapi hanya seorang yang tampil kehadapan.

Nabi bertanya
“Dimanakah dua orang sahabat kamu yang lain tadi?

Wahai Pesuruh Allah! Sesungguhnya akulah orang yang berdiri selama 3 kali berturut-turut tadi”

Mendengarkan pengakuan pemuda itu..Rasulullah terharu dan memberkatinya dengan doa-doa keatas beliau, dan baginda membenarkan pemuda itu mengawal khemah baginda.Pemuda itu pun menjalankan tugasnya dengan mengawal khemah Rasulullah disepanjang malam tersebut.

Lihat! Betapa kerelaan, KEBERANIAN  serta keinginan para sahabat untuk menghadapi MAUT semata-mata kerana Allah dan Rasulullah (s.a.w).Setiap lapisan masyarakat ketika itu, tidak kira tua, muda, kanak2 ataupun dewasa, baik lelaki mahu pun perempuan, semuanya diselubungi oleh semangat berkobar2 untuk menyumbangkan pengorbanan dan kebaktian mereka demi agama.


Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Statistik Pelawat

73498

Wikipedia

Search results