-->

Pages

Ibu Mertuaku..


 Ibu mertuaku...

 Seringkali kedengaran rungutan isteri tentang ibu mertua iaitu ibu kepada
 suami. Rata-rata ramai isteri tidak sesuai dgn ibu mertua. Ada saja
 perkara yang seringkali berlaku perselisihan faham antara ibu mertua dan
 isteri. Mengapakah isteri tidak dapat hidup aman bersama sedangkan
 sama-sama wanita? Apakah yang menyebabkan mereka sering cemburu?


 " Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut
 cara yang ma'ruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan
 kelebihan dari para isterinya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha
 Bijaksana." ( Al-Baqarah - 228 )

 Dalam Islam telah digariskan bahawa lelaki akan terus bertanggungjawab
 kepada ibu walaupun sudah bernikah. Isteri kena faham akan situasi ini dan
 tidak harus mempersoalkan hukum yg Allah SWT tentukan. Malangnya ramai
 isteri yang suka bertelagah dgn suami kerana suami melebihkah ibunya dalam
 semua perkara. Isteri perlu ingat, Allah SWT telahpun memberi ketetapan
 bahawa seorang isteri wajib menghormati suami dan keluarga suaminya.
 Kalau seorang isteri mencacatkan hati mertuanya, ertinya dia juga telah
 mencacatkan hati suaminya. Maka dia adalah seorang isteri yang menderhaka
 dan menjadi orang yang dimurkai oleh Allah SWT

 Sabda Rasulullah :
 " Wanita yang menyulitkan suami dalam urusan penghidupan atau memaksa
 sesuatu yang tidak terpikulkan olehnya, maka Allah tidak akan menerima
 ibadah dan amal kebaikannya sampai dia bertaubat ".

 "Apalah abang ni... asyik balik kampung abang je... .kampung saya "
 ... rungutan isteri bila suami asyik balik ke kampung suami sebab tahu ibu
 mertua akan dilayan baik oleh suaminya. Isteri tidak tahu bahawa suami
 melakukan itu utk kutip pahala... jika isteri redha ..pahala jua utk
 isteri.

 "Tahun lepas abang dah beli baju mak abang... tahun ni tak perlulah
 beli!"... rungutan isteri bila suami asyik belikan baju utk
 ibunya... .isteri tidak tahu bahawa semasa kecil setiapkali raya ibu mertua
 sanggup tidak beli baju baru ... baju baru utk anak-anak sahaja.

 "Abang ni... kalau mak abang masak lauk ikan keli ... bertambah
 makan... kalau saya masak abang makan sikit je ... "... rungutan isteri bila
 suami makan sikit je bila isteri masak... sedarlah bahawa suami dah makan
 masakan ibu sedari kecil lagi.

 Banyak lagi rungutan timbul bila ibu mertua datang ke rumah.."Aku ni
 ... tak selesalah bila ibu mertua aku dtg dr kampung" "Mcm-mcm dia nak
 beli" "Sajalah tu nak mengada-gada... manja konon"

 Isteri harus sedar dan berterimakasih kepada ibu mertua kerana ibu mertua
 telah mengandungkan dan mendidik suami sedari kecil hinggalah hari ini.
 Suami kita mempunyai akhlak yg baik atas didikan ibu mertua. Suami punya
 pekerjaan yg baik adalah atas doa dan asuhan ibu mertua mengajar suami
 belajar dan mcm-mcm lagi. Jadinya bila suami berkahwin dengan
 isteri... isteri hanya mula menjaganya pada mereka disahkan sebagai
 pasangan suami-isteri.



 Ingin menjadi isteri solehah? Bagaimana?

 Isteri hendaklah ingat bahawa seorang lelaki walaupun sudah berkahwin dia
 masih ada kewajipan terhadap ibu bapanya. Maka kita sebagai isteri perlu
 mengingat-ingatkan suami kita tentang tanggungjawab mereka itu. Membiarkan
 suami dalam kelalaian memikul tanggungjawabnya bererti membiarkan suami
 dalam kederhakaan dan dosa yang akhirnya menyebabkan dia terjun ke Neraka.
 Sanggupkah kita lihat suami yang tercinta itu kelak akan diseksa di
 Akhirat?

 Dan lagi bila suami berlaku baik kepada ibunya (ibu mertua)... anak-anak
 lelaki kita akan lihat akan contoh yg ayahnya lakukan. Sebagai isteri yg
 solehah perlu nasihat kepada anak-anak lelaki "Along & Angah... sebagai
 anak lelaki ... walaupun sudah bernikah... kebajikan ibu menjadi
 tanggungjawab along & angah... cuba lihat ayah melayan nenek (ibu
 mertua)... mmg ibu puji sikap ayah kamu tu!"

 Isteri solehah tidak ada sifat cemburu dgn ibu mertua malahan akan disuruh
 suami berbuat baik dgn ibu (ibu mertua) & puji sikap suami melayan ibunya
 (ibu mertua) dgn baik. Isteri solehah yakin akan janji ALLAH SWT dan
 berdoa supaya anak-anak lelakinya juga bersikap seperti suami.Oleh itu
 apabila anak-anak lelakinya berkahwin... anak-anak lelaki akan melayannya
 seperti mana suami melayan ibu (ibu mertua).

 Sentiasa ingat bahawa kehidupan dunia ini umpama roda. Jika hari ini kita
 berada diatas, suatu hari nanti kita mungkin ditakdirkan berada dibawah.
 Kalau hari ini kita amat berkira dengan setiap sen dan layanan suami
 terhadap ibu mertua anda, mungkin balasan yang sama akan menimpa kita
 dimana anak2 lelaki kita akan mengabaikan kita. Oleh itu, sentiasalah
 beringat peranan dan tanggungjawab seorang isteri dan ibu.

 Jadikan kisah benar Alqamah di zaman Rasulullah SAW sebagai panduan.
 Alqamah jarang menemui ibunya setelah berkahwin dan akibatkan ibunya
 berkecil hati. Ketika Alqamah nak meninggal dunia... sukar baginya nak
 mengucapkan kalimah syahadah. Lalu Rasullah SAW meminta ibunya memaafkan
 Alqamah... jika tidak ianya akan dibakar. Setelah ibunya memaafkan barulah
 Alqamah dapat mengucapkan kalimah syahadah ...



SUMBER
Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Statistik Pelawat

Wikipedia

Search results