Terus terang saya cakap tak semua orang akan sanggup teman wife dia
time nak deliver baby. Kadang-kadang muka nampak gangster cerita kat
orang bergaduh tiap-tiap minggu tapi bila teman bini deliver baby
pengsan. Tu hakikat tapi alhamdulillah saya berjaya teman isteri saya
tanpa sikit rasa takutpun dan bagi saya ada 4 sebab kenapa seorang suami
kena teman isteri dia bersalin :
1. Melihat Kebesaran Allah
Terus terang saya cakap kalau seorang suami tu tak solat sebelum tengok
isteri dia bersalin, InsyAllah lepas tu dia akan berubah dan akan
bersolat sebab dia akan nampak kebesaran Allah. Mana taknya baby sebesar
tu boleh keluar dari perut ibunya selamba gitu je. Itulah satu magik
yang lebih hebat dari magic Cyril. Diapun mustahil boleh buat icon wink 4
Sebab Suami Patut Teman Isteri Bersalin .
2. Beri Sokongan Pada Isteri
Dalam melalui saat-saat melahirkan anak ni seorang isteri sangat
memerlukan seseorang untuk bagi dia semangat. So yang paling layak ialah
suaminya dan bila suami ada di samping isteri time nak bersalin
InsyAllah semuanya selamat. Memang penat weyh bukan semua orang yang dah
pecah ketuban dengan mudah melahirkan tapi itulah satu bakti eorang
suami pada isteri yang dah susah payah melahirkan.
3. Lebih Menghargai
Apapun kita kena faham maksud appreciation. Bila kita, suami ni teman
isteri kita ada satu perasaan yang Allah akan bagi iaitu lebih
menghargai. Salah satu punca penceraian ialah sebab suami tak faham dan
tak tau menghargai isteri. Cara nak hargai isteri senang je try masuk
labor room temankan dia bersalin. Kita akan nampak betapa seksanya
isteri nak lahirkan anak dan dari situ kita akan lebih menghargai. Kalau
tetap jugak macam tu even dah tengok isteri bersalin maksudnya hati dia
dah buta sangat dah tu kena sumbat clorox je tu icon wink 4 Sebab Suami
Patut Teman Isteri Bersalin . Lagi satu penderaan bayi oleh ibu bapa
dapat dikurangkan sebab bila kita tengok betapa susahnya nak lahirkan
baby kita akan lebih menghargai baby tu.
4. Belajar Tentang Sabar
Seorang suami akan lebih bersabar selepas dia keluar dari labor room.
Kenapa? Macam yang saya cakap tadilah tak semua isteri boleh beranak
atau bersalin dengan mudah. Macam isteri saya masuk ward pukul 3 pagi
pukul 10.10 pagi baru keluar. So saya kena teman dia sampai dia bersalin
padahal saya kena pergi kerja. So kat situ melatih saya supaya bersabar
untuk hadap apa je yang datang icon wink 4 Sebab Suami Patut Teman
Isteri Bersalin
Nampak tak permainan dia kat situ. Allah dah
bagi kita jalan untuk belajar macam-macam dari proses kejadian manusia
tapi kalau kita sendiri tutup hati kita dan takde niat sikitpun nak ubah
maka ta jadi apa jugak. So pada suami-suami sekalian alam temanilah
isterimu ketika dia memerlukan mu. Jangan buat projek tau tapi benda
macam ni tak nak buat...
Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa
0 comments:
Post a Comment