1.
Sombong kerana kelebihan seseorang dengan pengetahuan ilmunya, baik
ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada, dia
menganggap orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada
pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.
Orang yang
sombong seumpama ini hendak dirinya selalu dihormati oleh orang lain
terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang
bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia. FIRMAN ALLAH SWT :
Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana
sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak
akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.( Surah AlIsraa'. Ayat 037 )
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.” (Hadis riwayat Muslim)
2. Sombong kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli
abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan
orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti
mereka.
Sedangkan mereka sebenarnya terpedaya dengan tipu daya
syaitan. Rasulullah SAW telah mengingatkan melalui sabda Baginda yang
bermaksud:
"Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu
amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah
segala amal perbuatannya.."
FIRMAN ALLAH SWT :
Dan
janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada
manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong;
sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong
takbur, lagi membanggakan diri.( Surah Luqman. Ayat 018 )
3.
Sombong kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan
mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang
dulunya dikatakan keramat atau hebat.
Sifat sombong seperti ini
tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti
termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang
banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.
FIRMAN ALLAH SWT:
Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya,
kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah
dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa
yang tidak terperi sakitnya. (Surah AlJatsiyah. Ayat 008 )
4.
Sombong kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang
lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup
menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam
atau gemuk.
5. Sombong yang berpunca daripada kelebihan harta
diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang
ada, rumah besar, kereta BMW mewah hingga memandang rendah orang yang
kurang berada.
FIRMAN ALLAH SWT :
Kehidupan dunia (dan
kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan)
orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang
rendah kepada orang-orang yang beriman.
Padahal orang-orang
yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada
mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah
memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira
(menurut undang-undang peraturanNya). (Surah AlBaqarah. Ayat 212 )
6. Sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli
kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca,
kunyah besi, boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi, boleh
dihempap badan dengan batu dan besi, atau sebagainya.
FIRMAN ALLAH SWT :
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari
negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka)
kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula
menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi
pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan. (Surah AlAnfaal. Ayat 047 )
7. Sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang
diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji.
Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak
parang dan dijilat api.
Oleh itu, hendaklah kita memeriksa diri
kita betul-betul, lihat sama ada 7 perkara yang membawa kepada penyakit
sombong ini ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri
kerana penyakit sombong ini hanya akan memakan diri. Tidak sekarang,
mungkin di masa akan datang. Ubatilah sifat sombong itu dan jangan
sesekali menghina orang lain kerana ianya sifat yang dilaknat oleh
Allah. Fikirkanlah..
FIRMAN ALLAH SWT :
Sesungguhnya
Qarun adalah dia dari kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan
zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis
kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk
dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa.
(Dia berlaku
sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau
bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada
hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh
manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar
dari Abu Hurairah)
Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa
0 comments:
Post a Comment