Hina itu dituntut ke atas hamba, mana mungkin seseorang yang bertaraf hamba berlagak sombong dan membanggakan diri. Hamba yang berlagak sombong tidak mungkin wujud kerana taraf hamba ialah di mana seseorang itu tidak memiliki apa-apa pun baik harta mahupun dirinya sendiri, begitu hina...
Layakkah seorang hamba membantah tuannya, mengingkari tuannya, mengabaikan tuannya dan meminta pertolongan dan memberi ketaatan kepada selain tuannya. tentu sekali tidak!!
Andai kita memahami takrifan hamba dengan sempurna maka kita akan bersedia mematuhi perintah Allah dengan redha.
Hamba ialah:
- Tidak punya apa-apa
- Tidak ada suara
- Akur kepada arahan
- Tanpa bantahan
- Sentiasa takut
- Hina
- Mengharapkan belas kasihan
Dan sedarlah bahawa kita adalah hamba, hamba kepada Allah yang Maha Kaya, Maha Pemurah, Maha Perkasa, Maha bijaksana. Dan jangan sesekali menjadi hamba kepada dunia.
0 comments:
Post a Comment