-->

Pages

Tips Mengelakkan Facebook anda di 'HACK'


Ramai diantara kita kini mempunyai profile Facebook masing - masing. Tahu kah anda, profile Facebook anda mudah diceroboh? Tujuan mereka menceroboh profile anda adalah untuk mendapatkan maklumat dan melihat gambar - gambar peribadi anda. Disini saya ingin berkongsi tips untuk mengelakkan akaun Facebook anda diceroboh.



Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Anak Kurang Sopan




Kurang sopan bila seorang anak bagitahu ayahnya macam ni: "Kalau ayah nak duit, bagitahu saya lah ye"...(sambil bersalam)

Saya yang sedang berurut dengan ayahnya kerana tergeliat kaki diam sahaja mendengarnya sehinggalah ayahnya luahkan pada saya.

"Seorang anak, tak sepatutnya bertanya begitu kepada seorang ayah, dahdia tahu ayah dia ni hidup susah, hulur je lah. Malu pakcik nak minta dengan anak, anak beri..pakcik ambil. Kalau anak tak beri, pakcik diam. Malu nak meminta ni walaupun dengan anak".

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Cukur jambul amalan bidaah orang Melayu




                 AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Zakwan Ibn-Abdilqais (Pemuda yang berani dizaman Rasulullah.)



Zakwan Ibn-Abdilqais (Pemuda yang berani dizaman Rasulullah.)

Pada suatu malam  yang gelap, Rasulullah (s.a.w) membuat persediaan yang perlu untuk pengawalan dan penjagaan kawasan perkhemahan pada malam itu. Seketika baginda Rasullullah (s.a.w) bersabda:

“ Siapakah di antara kamu yang akan mengawal khemah aku pada malam ini?”

Salah seorang diantara mereka yang ramai bangun dan berkata;
“Aku, Wahai Pesuruh Allah!”

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA




Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Betapa Hinanya Diri Kita =(




Hina itu dituntut ke atas hamba, mana mungkin seseorang yang bertaraf hamba berlagak sombong dan membanggakan diri. Hamba yang berlagak sombong tidak mungkin wujud kerana taraf hamba ialah di mana seseorang itu tidak memiliki apa-apa pun baik harta mahupun dirinya sendiri, begitu hina...

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Ibu Mertuaku..


 Ibu mertuaku...

 Seringkali kedengaran rungutan isteri tentang ibu mertua iaitu ibu kepada
 suami. Rata-rata ramai isteri tidak sesuai dgn ibu mertua. Ada saja
 perkara yang seringkali berlaku perselisihan faham antara ibu mertua dan
 isteri. Mengapakah isteri tidak dapat hidup aman bersama sedangkan
 sama-sama wanita? Apakah yang menyebabkan mereka sering cemburu?

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

ADAKAH DIBENARKAN UNTUK BEKERJA DI BANK? - Dr. Yusuf Qardhawi



Berikut adalah mafhum bebas dari fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi di dalam kitabnya Fatawa Mu'ashirah:


Salah seorang hamba Allah bertanya kepada beliau mengenai hukum bekerja di bank yang mengamalkan sistem riba. Masalahnya, ketika beliau mencari pekerjaan tidak ada yang menerimanya kecuali bank berkenaan.

Dr Yusof al-Qardhawi menjawab bahawa sistem ekonomi Islam berdiri atas dasar anti riba. Ia dianggap sebagai satu dosa besar yang boleh menghabisi keberkatan individu dan masyarakat. Malahan mampu memanggil bencana di dunia dan akhirat.

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Statistik Pelawat

Wikipedia

Search results