-->

Pages

Taat setia kepada suami lambang kebebasan sejati

Soalan :
KETIKA bujang, saya rasa lebih bebas dan merdeka. Apabila berumahtangga, saya rasa terbelenggu kerana suami yang berkuasa atas segala-galanya. Apakah erti kemerdekaan seorang wanita Islam yang bersuami?
Serdang.



Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Jalan pulang ke pangkuan Tuhan terlalu luas

ANTARA keistimewaan Islam yang agung ini adalah jalan pulang ke pangkuan agama ini amat luas terbuka dan tidak membebankan. Peluang seorang insan kembali ke pangkuan keampunan dan keredaan Allah tidak pernah disekat oleh sebarang jarak waktu, latar diri, keturunan, atau harta.
Sesiapa yang ingin pulang ke pangkuan Allah tidak pernah dihalang oleh agama ini disebabkan jenis dosanya atau keturunan, usianya yang lanjut, atau apa sahaja.



Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Tips menghadapi tekanan



KITA adalah sebaik-sebaik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa.
Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup, antaranya ialah :
  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
    Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab sepanjang waktu.
  • Banyakkan solat sunat
    Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  • Selalu berdoa kepada Allah
    Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripadaNya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah Yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. InsyaAllah, Allah akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
  • Bersangka baik dengan Allah Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Musibah berlaku selalunya juga adalah kerana kezaliman diri sendiri. Sentiasa bermuhasabah dan kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
    Orang ramai selalu berkatan bahawa badan cergas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat
    Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah dengan mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis. 
  • Menangis dengan sepuas hati
    Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” - ada sesetengah individu apabila mereka mengalami tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama-sama rakan-rakan ‘cool’ sahaja, tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Menangis dan berkongsi masalah bersama sahabat yang dipercayai boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja. 
  • Hargai kebolehan diri sendiri
    Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuru oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup yang lebih ceria.
  • Cintai diri sendiri
    Cintailah diri kamu sendiri sebelum mencintai diri orang lain”. Kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Tanggungjawab Lelaki (suami) terhadap IbuBapa..



Sahabat yang dimuliakan,
Apabila seorang lelaki Muslim berkahwin ia bertanggungjawab memberi nafkah dan segala keperluan kepada isterinya. Samaada nafkah zahir dan batin dan asas pendidikan Islam. Dengan kadar keperluan mengikut kemampuan suami. Bila dikurniakan anak-anak maka  tanggungjawabnya akan bertambah kerana telah menjadi ayah untuk menyara segala keperluan nafkah dan pendidikan anak-anaknya pula.

Walaubagaimana pun ia telah memiliki keluarganya sendiri tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya tidak boleh diabaikan kerana ia masih terikat dengan tanggungjawab tersebut.



Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

MENYESAL KAHWIN..............




Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. “Jom la bang tido…”. Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.



Kesian kena buli..




Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Siapa dan Kenapa di sebalik fake profile.?

Kes fake profile di Facebook bukan perkara yang asing lagi aku rasa. Bermula dari awal kewujudan facebook dahulu sampai sekarang ada je kes fake profile ni. Aku terpikir juga siapa di sebalik fake profile dan kenapa wujudnya fake profile.? 




Bagaimana fake profile yang aku maksudkan.? Bagi aku kalau ambil sekeping dua gambar lain, tapi keseluruhan facebook masih lagi ada gambar dia, itu tidak dikira fake profile. Yang dmaksudkan dengan fake profile adalah satu profile tu, semua gambar yang ada bukan gambar pemilik sebenar. Dan info juga direka-reka entah datang dari mana.

Kalau ditanya kepada aku, antara lelaki dan perempuan, siapa yang lebih banyak berselindung di sebalik profile ini.? Memang la aku jawab perempuan kan..:) So kita pikir kenapa mereka ini buat fake profile.

Berikut beberapa isi yang aku rasakan. Kalau ada pandangan lain, dialu-alukan.:)

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Dilema Perempuan Sudah Berkahwin

Berkahwin adalah salah satu lagi perkara yang melengkapkan hidup seseorang, tidak kira samada lelaki atau perempuan. Secara generalnya, perkahwinan membawa kegembiraan kepada semua yang terlibat terutamanya mereka yang selamat diijab kabul.

Sebelum ini (kalau korang belum lupa la.:), aku ada buat 2 entri yang bertajuk dilema perempuan belum berkahwin. Part 1 dan juga Part 2. Kali ini aku teruskan sedikit perkara yang membuatkan perempuan dalam dilema iaitu bagi yang sudah berkahwin. Sebenarnya aku hendak letak tajuk entri "Dilema seorang isteri" tapi biarlah dengan tajuk di atas.:)




Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir




1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya.
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
~~ Info dari Ustaz Azhar Idrus

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis






1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”



Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Indahnya Membaca Al-Quran




Dari Abu Musa Al-Asy`ari berkata, Rasulullah bersabda: “Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Qur`an bagaikan buah limau baunya harum dan rasanya lezat. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Qur`an bagaikan kurma, rasanya lezat dan tidak berbau. Dan perumpamaan orang munafik yang membaca al-Qur`an bagaikan buah raihanah yang baunya harum dan rasanya pahit, dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Qur`an bagaikan buah hanzholah tidak berbau dan rasanya pahit.” Muttafaqun `Alaihi.



Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Sejarah Kemunculan Mazhab Awal Dalam Islam



Sejurus selepas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W wafat pada 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah atau 8 Jun 632 Masehi, berlaku krisis kepimpinan di kalangan umat Islam ketika itu.
Ini adalah disebabkan semasa hayat baginda, Rasulullah S.A.W tidak pernah menyatakan siapakah pengganti baginda secara jelas malahan juga tidak berwasiat kepada sesiapa pun daripada para kalangan sahabat untuk menjadi khalifah selanjutnya.

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Cita-Cita Yang Tak Pernah Menjadi




Bertanyalah pada mereka yang berusia lebih 20 tahun : apakah bidang yang mereka terokai itu, adalah apa yang mereka impikan? Saya percaya 5 daripada 10 orang daripada mereka yang ditanya itu akan mengiyakan dengan yakin dan bangga. Mereka ini akan berkata, 'ya' inilah bidang yang mereka ingin ceburi.
Bertanyalah pula pada mereka yang berusia lebih 30 tahun : apakah bidang yang mereka ceburi itu adalah apa yang mereka impikan? Saya percaya, daripada 10 orang yang ditanya, tidak seorang pun daripada mereka sedang menikmati bidang yang mereka cita-citakan.

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Bersediakah Anda Menjadi Suami?





Kebiasaan masyarakat kita apabila disebut persediaan menjadi suami, mereka menyangka ia adalah memiliki sijil pengajian tinggi, paling kurang diploma. Telah memiliki kerjaya dengan gaji bulanan minima RM2500, diikuti dengan sebuah rumah dan kereta.
Tidak ketinggalan, wang tunai berjumlah RM30,000 untuk urusan perkahwinan seperti duit hantaran, dulang-dulang hantaran, cincin dan belanja kenduri kahwin. Jika seorang lelaki belum memiliki semua ini, dia belum layak untuk bergelar suami.
Namun dalam Islam, ukuran persediaan untuk menjadi suami bukanlah seperti di atas.
Persediaan untuk menjadi suami lebih tertumpu kepada kualiti lelaki tersebut dan inilah yang akan diperincikan di sini.



Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Jodoh: Memilih si A atau si B?




Antara topik yang sering dikongsikan adalah - membuat pilihan tentang jodoh.
Pilihan itu terasa lebih sukar kerana kedua-dua calon itu kelihatan baik dan punya kelebihan masing-masing.
Juga diketahui ada kelemahan masing-masing, yang membuatkan kita amat berhati-hati bercampur bimbang membuat pilihan.

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Soalan Biasa Lelaki Tanya Perempuan dan Kenapa

Perhubungan antara lelaki dan perempuan sememangnya sesuatu yang agak kompleks untuk dikaji secara mendalam. Walaupun begitu kajian demi kajian telah dilakukan untuk membolehkan perempuan dan lelaki saling memahami. Walaupun tidak faham sepenuhnya, tetapi cukup sekadar untuk mengetahui bagaimana perlakuan 2 gender yang berlainan.

Untuk entri kali ini, juga berkaitan gender (yup kerana topic gender seronok untuk dibicarakan.:). entri kali ini merujuk kepada ayat biasa yang digunakan oleh lelaki apabila memulakan percakapan dengan perempuan apbila berhubungan melalui telefon. Aku bagi 2 contoh la yang biasa digunakan dan kenapa digunakan serta kenapa perempuan tidak perlu mempertikaikannya.




Kenapa aku kata perempuan tidak perlu pertikaikan apa yang kami, kaum lelaki ini tanya.? Kerana aku pernah juga baca entri/status suatu masa dahulu, yang maksud lebih kurang 'lelaki ini tak de soalan lain ke hendak tanya'. Aku sudah tidak ingat entri atau status FB mana, tapi dah lama aku baca, kemudian teringat. Sebab itulah aku buat entri ini.:). Kalau korang ada link yang berkaitan boleh la bagitahu, boleh aku link dengan entri ini.

1. Apa khabar, sihat tak.?

Memang biasa dan begitu normal untuk menanyakan keadaan seseorang itu samada sihat atau tidak. Walaupun tiap-tiap hari anda bertanyakan kepadanya.

i) Semestinya untuk mengetahui samada orang yang ditanya itu sihat atau tidak.
Kenapa.? Jika jawapannya adalah sihat - soalan susulan dan tindakan adalah tidak sama jika jawapan yang diberi adalah tidak sihat.

ii) Bagi hint modal untuk bermanja.
- Contoh la jawapan perempuan bagi tidak sihat. Lelaki akan tanya balik. 'Ye ke, sakit apa'. Perempuan boleh jawab. 'Sakit rindu kat awak la'..bla bla bla.. Tengok kan sudah boleh jadi model untuk beranja-manja..ha³.

Jadi jika lelaki bertanya awak apa khabar?, sihat tak.?.Perempuan jangan la nak tanya pula kenapa kami orang lelaki tanya macam tu. Takkan kami hendak mula. "hi awak, eh tak mati lagi rupanya". Kan sadis sekali permulaan macam tu..ha².


2.) Awak tengah buat apa tu.?

Selepas soalan awak sihat tak.? soalan susulan yang biasa keluar adalah awak tengah buat apa tu.? Walaupun korang berdua baru sahaja berchatting atau berbalas komen di facebook, kemungkinan ada untuk soalan 'awak tengah buat apa tu?' juga ada. Kenapa ek.?

i) Memang hendak tahu buat apa kerana lelaki ada juga perasaan curious. Masa chatting/balas komen ta dengar apa. Masa bercakap di phone akan dengar bunyi. Lagi lelaki akan tanya jika ada bunyi-bunyi lain dibelakang. Contoh bunyi kuali ke, bunyi muzik ke. So memang lelaki hendak tahu perempuan sedang buat apa.

ii) Bagi hint model bermanja.
Contoh kalau jawapan biasa. Awak buat apa.? Jwpn: Tengah cakap dengan awak la.. Kan tak best jawapan macam ni. Cuba kalau ditanya awak buat apa. Jwpn: Entah saya tengah cakap² dengan benda petak ni tapi ada suara awak yang kuar. Best juga suara awak eh, macam artis indon".. Ha, kan lain sikit jawapan tu. Walaupun soalan biasa, awak tengah buat apa tu, tetapi jawapannya boleh dipelbagaikan.:)

Selain lelaki menggunakan ayat tanya awak sedang buat apa tu, kami juga suka meneka, ataupun buat-buat meneka.
Contoh, 'awak tengah baca buku ek. '
Kalau jawapan betul, boleh la berlagak sikit. 'Tengok, saya memang ada kuasa psikik'
Kalau jawapan salah, soalan susulan, 'Dah awak tengah buat apa tu' yang mana soalan ni merujuk kembali kepada point di atas.:)

iii) Tengah pikir point lain.
- 2 soalan ambil masa 2 minit. Eh, ingat kami lelaki ni tak kena pikir ke. Kami kena pikir soalan apa yang hendak tanya seterusnya.:). So kira 2 soalan bonus di atas macam nak curi masa sikit la untuk pikir soalan seterusnya. Susah juga jadi lelaki ni, kena selalu berpikir apabila berbual dengan perempuan.:)

---------------------------

So bagi aku pun, memang biasa untuk tanya 2 soalan ini apabila memulakan percakapan. (tapi sekarang macam dah kurang memulakan percakapan.ha³). Kan kalau guna soalan lain yang ganas terkejut pulak. Juga soalan² lain yang biasa seperti 'awak sudah makan ke', 'awak sudah mandi ke' , 'awak pergi mana tadi'..

Oleh itu, lelaki sudah menanyakan 2 soalan yang bagus untuk permulaan percakapan. terpulang kepada perempuan bagaimana untuk mencorakkan bagaimana perbualan ini seterusnya. Anda boleh menjadikannya seronok atau menjadikannya hambar.

Bukan kami lelaki tidak boleh tanya soalan lain, tetapi lelaki juga lebih suka untuk menunjukkan mereka mengambil berat.:) Dan juga jangan ditanya kepada lelaki yang telefon anda, "Awak tak de soalan lain ke".. Kan terus dia tak telefon nanti..ha³

Satu lagi pesanan kepada kaum perempuan , kalau hendak tahu susah senang, cuba korang start perbualan dan korang kuasai sepenuhnya. Korang suruh lelaki jawab je, korang tanya. Baru korang tahu susah senang hendak menjana pertanyaan untuk memastikan perbualan tu tak 'mati'..:)



Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Prasangka terhadap kekasih



ANTARA akhlak mulia yang digalakkan Islam ialah bersangka baik terhadap orang lain. Ini kerana ia dapat menjaga hubungan baik sesama individu dan masyarakat.


Allah s.w.t menyuruh orang beriman supaya tidak bersangka buruk terhadap orang lain. Antaranya Allah berfirman dengan maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Hujurat (49): 12).


Islam melihat segala suatu yang hendaklah dikatakan atau diambil tindakan, hendaklah ia berdasarkan bukti, saksi dan pengakuan sendiri. Dalam menjaga hubungan masyarakat Islam juga melarang kita mencari kesalahan orang lain dengan mengintip dan sebagainya.


Dengan itu anda hendaklah menjauhi daripada sikap dan akhlak yang tidak baik itu. Ia sudah tentu daripada hasutan syaitan dan timbul daripada jiwa yang sentiasa mengarah melakukan perkara yang tidak baik, iaitu nafsu ammarah bi-su’.




Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Petunjuk istikharah tentukan jodoh



SOLAT istikharah sunat dilakukan bagi sesiapa yang berkeinginan kepada suatu yang harus dan dia menjadi keliru dalam menentu aspek kebaikan dalamnya kerana mempu�nyai pilihan yang sama.

Contohnya, saudari ingin memilih antara dua calon suami yang sama-sama baik sehingga tidak dapat menentukan pilihan. Begitu juga dengan perkara lain.

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Kewajipan Lelaki Melindungi Wanita


Lelaki disyaratkan melindungi wanita, hindari kekerasan. Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita. Tanggungjawab lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud:

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Cinta Seorang Ayah =)


Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya.
Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku....

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Kaya vs Miskin






secara terus terang,semua orang nak hidup mewah..nak hidup senang tanpa memikirkan apa-apa persediaan pun untuk hari esok
siapa yang taknak ada duit yang melimpah ruah?
siapa yang taknak magic cards yang boleh kita cucuk je dalam mulut ATM?
siapa yang taknak duduk dalam rumah yang besar giler gabak?
siapa yang taknak pandu kereta sport?kereta antic yang mahal2?
siapa taknak angkat lidah!

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Petua Untuk Hati



Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:





  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

    • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

    • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.

    Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

    Peragut Patut Diberi Hukuman Mati Mandatori!!



    Isu 'RAGUT' semakin menjadi di sekarang ni..x kisah la kat mana pown..mesti ada geng2 penyangak @ lahanat @ musibat @ kata2 keji yang sesuai dengan mereka ni. And mangsa dowg ni x kira umur.. dari muda sampai la ke tua..semua dea sebat.. tula, dulu2 masa kecik2 xnak 'MAMPOS' da besar menyusahkan dunia...admin nak story sikit lah cerita pasal syaitan ni yang berlaku kat tempat admin di SHAH ALAM.

    Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

    Surah surah yang boleh kita amalkan untuk mengelakkan di sihir

    Bissmillahirrahmanirrahim

    Siapa baca kosmooo? Aku bukan lah peminat baca surat khabar apatah lagi menonton berita utama huhu,aku suka baca blog orang banyak informasi yang boleh aku dapat . Terkejut jugak ada terbaca dekat blog ni . Yang seorang akak ni disihir oleh ex-gf boyfriend dia gara gara aku pun tak tahu,tapi cara dia kena sihir adalah melalui sekeping gambar di facebook,aku tak tahu la cerita ni betul ke tidak

    Tapi,aku nak kongsi ahhh dekat korang,insha-Allah mudah mudahan kita di hindari daripada sihir ni . Cuak jugak aku


    Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

    Tips Menghadapi Ujian Hidup


    Apa – apa pun perkara yang menimpa diri kita, insyaallah akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif. Ketika ini, terasa betapa kehidupan adalah sangat berat. Kenaikan harga barang, bencana tanah runtuh, persengkataan politik, dan memuncaknya jenayah telah menjadi warna dominan didalam media cetak mahupun elektronik. Jika ditakdirkan musibah atau ujian itu menimpa diri kita, apa yang harus kita lakukan untuk  menghadapinya? Bersediakah kita?
    Saya ingin berkongsi dengan sahabat – sahabat semua tips untuk menghadapi ujian. Sebenarnya, paling tidak, ada tujuh tips untuk  menghadapi pelbagai ujian kehidupan, iaitu :

    Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

    BAHAYA VALENTINE



    Memasuki bulan Februari, kita menyaksikan banyak media massa, mal-mal, pusat-pusat hiburan bersibuk-ria berlomba menarik perhatian para remaja dengan menggelar acara-acara pesta perayaan yang tak jarang berlangsung hingga larut malam bahkan hingga dini hari. Semua pesta tersebut bermuara pada satu hal yaitu Valentine's Day atau biasanya disebut hari kasih sayang. Biasanya pada 14 Februari mereka saling mengucapkan "selamat hari Valentine", berkirim kartu dan bunga, saling bertukar pasangan, saling curhat, menyatakan sayang atau cinta.


    Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

    Peristiwa 11 september dan Stereotip Islam


    11 september kemarin adalah hari yang mengingatkan kita akan tragedi WTC 11 September. Sepuluh tahun yang lalu, pada hari selasa pagi yang cerah, 19 orang yang mengatasnamakan Muslim melakukan apa yang tidak pernah terbayangkan sebelumnya oleh orang Amerika. ke 19 orang ini tidak hanya menyerang gedung yang paling menojol dari langit Manhattan itu, namun mereka juga menyerang inti dari nilai-nilai kebebasan dan toleransi. Hari yang membuat dunia tertegun dan mengguncang rasa aman dan damai. Tahun ini merupakan peringatan ke sepuluh dari peristiwa yang mengerikan tersebut dimana telah banyak acara-acara peringatan dibuat di seluruh dunia.

    Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    Statistik Pelawat

    Wikipedia

    Search results