-->

Pages

Siapa dan Kenapa di sebalik fake profile.?

Kes fake profile di Facebook bukan perkara yang asing lagi aku rasa. Bermula dari awal kewujudan facebook dahulu sampai sekarang ada je kes fake profile ni. Aku terpikir juga siapa di sebalik fake profile dan kenapa wujudnya fake profile.? 




Bagaimana fake profile yang aku maksudkan.? Bagi aku kalau ambil sekeping dua gambar lain, tapi keseluruhan facebook masih lagi ada gambar dia, itu tidak dikira fake profile. Yang dmaksudkan dengan fake profile adalah satu profile tu, semua gambar yang ada bukan gambar pemilik sebenar. Dan info juga direka-reka entah datang dari mana.

Kalau ditanya kepada aku, antara lelaki dan perempuan, siapa yang lebih banyak berselindung di sebalik profile ini.? Memang la aku jawab perempuan kan..:) So kita pikir kenapa mereka ini buat fake profile.

Berikut beberapa isi yang aku rasakan. Kalau ada pandangan lain, dialu-alukan.:)



1. Admire

- Perempuan dia ada satu sifat admire. Dia boleh admire giler² dengan artis dalam negara/luar negara, atau sesiapa sahaja. Dan perempuan juga boleh admire kepada perempuan lain yang mereka jumpa disekeliling mereka. Bukan bermaksud dia ni jenis lesbian atau apa. Lebih kepada dia kagum dengan seseorang perempuan disebabkan sifat dan sikap yang ada pada perempuan itu. Lelaki ada juga, tetapi agak jarang. 



Biasa perempuan yang kena macam ini adalah dari golongan artis atau blogger terkenal. Sebab aku ada perasan juga kes macam ini, tetapi tidak ambil port sangat aku. Tetapi kalau perempuan, memang dia ambil port.:). Dan juga kes ambil gambar dari profile² lain.

So bila terlebih admire, dia akan merasakan dirinya hendak jadi seperti perempuan yang disukainya. Ada yang jenis ikut cara pemakaian, ada yang jenis ikut penampilan, ada yang jenis ikut perbuatan, dan ada yang sampai satu tahap dia buat profile facebook perempuan yang dia admire tu. Dia rasa dengan buat begitu dia adalah orang yang dia admire itu secara maya, walaupun bukan secara realitinya.


2. Musuh 

- Musuh adalah salah satu sebab yang kukuh untuk wujudkan fake profile. Musuh dari kalangan perempuan boleh jadi sebab ex gf yang lepas, atau mereka sesama perempuan ada kisah tersendiri yang mejadikan mereka adalah musuh. Fake profile adalah cara yang sesuai yang melepaskan geram kepada musuh. Kebiasaannya musuh dari kalangan perempuan seperti ini dia akan memburukkan dirinya sendiri di wall, pastu info pun yang buruk². 


Kalau musuh dikalangan lelaki boleh dikatakan sebahagian besar dia adalah ex-bf untuk perempuan tersebut. Mungkin putus tanpa kerelaan kot.:). Kalau musuh perempuan di wall dia akan kutuk diri sendiri, kalau musuh jenis lelaki ni dia akan kutuk diri sendiri juga, tetapi dorang ada satu bonus jika mempunyai gambar² ex gf dia tu.


3. Bawah umur.

- Bawah umur pun termasuk ke.? Ye la..ha².. Sebenarnya apa yang aku maksudkan bawah umur ni, mereka tidak admire, mereka juga bukan musuh, cuma mereka tidak tahu apa yang mereka buat tu sebenarnya adalah salah. Bagaimana mereka boleh tak tahu mereka tidak salah.? 


Ok kalau korang seorang blogger, korang pernah tak buat salah masa awal² berblogging dahulu.? buat itu, buat ini, last² baru korang tahu salah rupanya apa yang korang buat tu. So sama juga la kes fake profile ini, mereka tidak tahu mereka buat salah. Mereka ingatkan itu biasa je. Nanti bila dah orang bagitahu dan hentam sikit baru mereka tahu mereka sudah buat salah. So kalau dah tahu baru boleh kata cukup umur, bukan bawah umur lagi.:)


4. Saje test market

-Ini lebih kepada saintis dalam alam maya la. Mereka buat sebab saja². Tiada niat sangat hendak menjatuhkan seseorang, tiada post yang mengarut² tetapi mereka menggunakan gambar orang lain. So orang jenis ini suka test market. Dia hendak tahu apa yang jadi kalau dia buat macam ni. Berapa ramai yang add, berapa ramai yang tertipu, berapa ramai yang melayan. 


Mereka ada bakat saintis, kerana suka menganalisis, tetapi sayangnya analisis benda lain pula.:)


5. No Life.

- Aku rasa kalau bukan tergolong dalam 4 di atas, ini sahaja yang mampu aku katakan. Orang yang buat tu memang tak de life la.
Hidup berseorangan dalam dunia ciptaan sendiri.:) 


Memang sedia maklumlah kalau yang buat fake profile ni, gambar yang dia ambil sebahagian besarnya adalah perempuan, cantik, dan juga cun. Sangat sukar dengan fake profile yang menggunakan profile lelaki. ( aku ada jumpa 2 kali je, berbanding fake profile gambar perempuan yang sudah berpuluh-puluh kali:)

Kalau korang tahu itu adalah fake profile dan kenal tuan asalnya, silalah bagitahu tuan asal. Kasihan dia teraniaya. Ke korang termasuk dalam salah seorang yang buat fake profile ni.?..ha³



Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Statistik Pelawat

Wikipedia

Search results