Isu 'RAGUT' semakin menjadi di sekarang ni..x kisah la kat mana pown..mesti ada geng2 penyangak @ lahanat @ musibat @ kata2 keji yang sesuai dengan mereka ni. And mangsa dowg ni x kira umur.. dari muda sampai la ke tua..semua dea sebat.. tula, dulu2 masa kecik2 xnak 'MAMPOS' da besar menyusahkan dunia...admin nak story sikit lah cerita pasal syaitan ni yang berlaku kat tempat admin di SHAH ALAM.
cerita 1 :
Ni berlaku kat student yang belajar di universiti tempatan (lokasi dirahsiakan), seorang pelajar perempuan..baru balik dari kelas and berniat nak balik ke rumah.. dalam perjalanan nak balik tu, dia rasa ada sebuah kereta yang mencurigakan berhenti betul2 depan dia... and dengan hati dia yang tak berapa nak sedap ni, dia pown berniat nak patah balik and menuju ke arah universiti dia..tapi malang sungguh pelajar ni..x sempat dea nak wat pape, dia terasa ade benda tajam dicucuk dari belakang..rupanya2 mangkuk hayun dalam keta tadi da kat belakang dia...opppsss lupa lak nak cakap, kereta yang dimaksudkan adalah kereta myvi no plate BKP 78.. (sah2 la no plate palsukan..kalau betul2 mmg bodo la syaiton ni) and dinaiki 2 ekor tenuk.....ok berbalik pada cerita tadi..selepas student ni terasa dicucuk benda tajam dea pown cuba nak lawan + jerit minta tolong..tapi sayang, kawasan dea lalu tu sunyi..so si tenuk yang menggelabah tak tentu pasal ni pown letak pisau (benda tajam td) kt leher student tu sambil memaksa student tu masuk ke dalam kereta...student tu pown meronta2...n apa lagi, si tenuk tu pown kelar leher pelajar tu..last student tu pown masuk jgk ke dalam kereta... si tenuk ni pown bertanya student ni..ade duit ke tak, (bodo nye suklan) student ni pown kata ade RM30 jer...si tenuk plak nampak cincin student ni..dea pown sebat...and last sekali dea tarik beg sandang student tu yang berisi laptop,handphone and duit RM200..termasuk jgk la ic,kad bank, n kunci rumah...dah habis dea sebat dea pown turun kan student tu kt satu tempat yang berkaitan dengan universiti student tu...sian student tu...dah la merantau nak belajar..jadi mcm ni plak...
p/s info terkini, dengar2 student tu kat hospital sebab luka kat leher n badan akibat ditoreh ngan pisau + screw driver... hmm
cerita 2 :
kisah ni berlaku pada ibu admin sendiri...hmm agak panas la bila kena batang hidung sendiri kan..rasa nak flying kick je muka **** tu...bermula nya ibu saya baru balik dari berzanji dengan kumpulan beliau kat sebuah dewan kat seksyen tut...(haaa xleh beritahu..maaf) ibu saya berdua dengan kawannya...dalam perjalanan balik...lagi beberapa meter je nak sampai umah, ade la motor ni dinaiki 2 ekor khinzir lalu dr belakang ibu and kawan ibu sy...ibu sy x rasa pelik sgt sebab walaupown laluan tu mmg laluan pejalan kaki tp kadang2 memang ade mat2 motor lalu ikut situ..jalan shortcut katanya...acik dea shortcut...haa sambung balik cerita td..elok jer dua ekor khinzir ni lalu sebelah ibu saya dea pown tarik beg yang ibu sy sandang...nasib baik la ibu sy tak ikut arah tarikan tu..kalau tak, tak taw la apa jadi dengan ibu saya...tp effect jgk kat bahu ibu saya..bengkak akibat kena tarik dengan kuat kan..tapi hasil yang khinzir tu dapat cuma surah yassin + buku2 agama + kitab berzanji tu...harap2 insaf la dua ekor tu yer lepas dea check dalam beg tu...
p/s admin masih tak puas hati lagi dengan peragut2 ni..terus terang admin cakap..kalau terjadi betul2 depan mata admin, elok plak admin tgh drive keta mmg admin langgar jer dea kalau ada peluang..mati pown mati la..janji admin puas..sebab apa??? sebab admin nak kasi bukak sikit mata syaiton2 kat luar sana supaya berubah...
apakata korang??? admin berharap jugak sebenarnya, syaiton2 yg suka meragut ni teragut ahli keluarga dea sendiri..baru panjang akal dowg kot...apa2 pown..kita serahkan pada undang2..negara kita ada undang2 kan?? (sambil letak tangan kat bahu)...
0 comments:
Post a Comment