-->

Pages

30 Tips Menjadi Suami Mithali Idaman Isteri



SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang
dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam
satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada
semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan
sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Mengapa Rasulullah SAW Melarang Minum Berdiri?



Rasulullah ï·º menekankan adab makan dan minum. Dalam hadis disebutkan “Janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan, Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal.

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki yang ingin mencari pasangan hidup (isteri)



Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki :

“Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. Yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Basaqah dan yang Syadaqah”.

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Imam Syafie Mengharamkan Majlis Tahlil



Seperti sabda Rasulullah:

"Barangsapa mengada-adakan hal baru di dalam perkara yg tidak ada dalil di dalamnya, maka tertolak".(Diriwayatkan Bukhari & Muslim)



"Barangsapa mengerjakan apa-apa tanpa adanya perintah dari kami, maka perbuatannya itu tertolak".(Diriwayatkan Muslim)



"Hendaklah kalian semua mengikut sunnahku & sunnah Khulafa Ar-Rasyidin yg berpetunjuk setelahku. Berpegang teguhlah kepadanya & 'gigitlah ia dgn gigi geraham'. Jauhilah oleh kalian perkara-perkara baru, kerana semua perkara baru adalah bid'ah. dan setiap bid'ah adalah kesesatan". riwayatkan Ahmad, Abu Daud, At-Tarmidzi, dan Ibnu Majah)

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Bagaimana hendak membuang sifat ego dalam diri...?



Manusia diciptakan sebagai khalifah kat muka bumi ini. Setiap manusia kat muka bumi ini berbeza antara satu dengan yang lain. Oleh itu kita hidup di bumi ini perlu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Ibaratkanlah hidup kita sebagai batu-bata untuk membina rumah. Sekiranya kurang satu batu-batu itu, maka 
tidak lengkaplah rumah yang ingin dibina.
( pentingnya pertalian kita ek ?)

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Laungan Azan Tidak Pernah Putus



ALLAH SWT menyeru ummah manusia untuk bersujud kepada-Nya melalui seruan azan. Sempena peristiwa Israk dan Mikraj junjungan Nabi Muhammad SAW ibadah solat difardukan kepada umat Muslimin bagi menyatakan tauhid dan keagungan-Nya. 

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Sejarah dan Kisah Laut Mati di Jordan



Laut Mati terletak kira-kira 50 km dari Amman- ibu negara Jordan dan kira-kira 95 km dari Mantiqah Karak .
Laut Mati bersebelahan dengan  Negara Palestin yang kini ditakluki oleh Yahudi Laknatullah yang boleh dilihat dari sini. Berada 397 meter di bawah paras laut dan merupakan kawasan terendah di dunia.
Kesan Laut Mati ini membuktikan kebenaran dari ayat Al-Quran mengenai bala yang telah menimpa kaum Nabi Luth a.s di atas maksiat yang mereka lakukan kira-kira 3900 tahun yang lampau.

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

PANDUAN SOLAT SUNAT DHUHA CARA NABI S.A.W.




SOLAT DHUHA

Dhuha menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut.

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

PENGERTIAN SEBUAH KEMENANGAN (RAMADHAN)




Ramadhan hampir meninggalkan kita. Syawal pasti akan menjelang. Di dalam detik beberapa ketika lagi ini, mari kita sama-sama berada di dalam kesedaran tertinggi melihat aturan Allah SWT menjadikan sebuah proses tarbiah atau pemantapan diri yang sejati…jiwa…roh…iaitu kita yang sebenar.

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

ADAB MENGAKHIRI RAMADHAN DAN MENYAMBUT AIDILFITRI



ZIARAH KUBUR SEBELUM TERBENAM MATAHARI PADA HARI TERAKHIR RAMADHAN

Menziarahi kubur pada hari terakhir Ramadhan sebelum terbernam matahari dan memohon keampunan untuk ahli-ahlinya (dan bukan menziarahi selepas solat sunat aidilfitri).


PERMULAAN AIDILFITRI

Sejarah hari perayaan sebenarnya telah bermula sebelum kedatangan Islam. Ketika Madinah Al-Munawarrah bernama Yathrib, ia sudah menyambut perayaan. Menurut Anas ra, tatkala Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, Baginda telah menukarkan dua perayaan dengan dua perayaan yang jauh lebih baik, iaitu Aidilfitri (Hari Raya Puasa) dan Aidiladha (Hari Raya Haji atau Korban). Hadis dan riwayat sahabat menceritakan cara Rasulullah menyambut kedatangan Aidilfitri, antaranya:

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Menyambut Aidilfitri Menurut Tuntutan Islam


Bila Syawal tiba, hendaknya ibadat yang kita lakukan dengan tekun selama sebulan di bulan Ramadan tidak terus dihentikan. Amalan yang baik dan bersesuaian eloklah diteruskan. Jika banyak bersolat dan bersedekah, kekalkanlah. Jika di bulan puasa kita mengurangkan perbelanjaan, tidak merokok, bangun awal dan lebih berdisiplin, teruskanlah kebiasaan ini ke bulan-bulan berikutnya, InsyaAllah akan kekal menjadi sifat yang tertanam dalam diri. 

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Jangan terlalu cepat menghukum





ISU AMALAN ORANG LAIN
Sebagai manusia yang beriman kepada Tuhan yang Maha Satu, dan Nabi Muhammad s.a.w adalah Utusan Tuhan yang Terakhir.. Maka kita semua pasti yakin terhadap pahala, dosa, syurga dan neraka. Kita semua juga tahu bahawa kelak pasti kita akan meninggalkan dunia ini, dan yang kita bawa ke alam selepas mati hanyalah amalan kita di bumi samada yang baik mahupun yang buruk.

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Kesilapan-Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak



Terdapat banyak bentuk kesilapan dalam mendidik anak-anak.

Kesilapan terbesar ialah kegagalan ibu dan bapa menjadikan agama sebagai teras dalam pendidikan anak-anak.

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Adab Memberi dan Menerima (sedekah, hadiah, hibah atau sebarang bantuan dan pertolongan)..



Firman Allah yang bermaksud, "Hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa." (Surah Al-Maidah, ayat 2)



 Adab Memberi (Sedekah, hadiah, hibah atau sebarang bantuan dan pertolongan)

1. Niat kerana Allah SWT.

Tujuan untuk membantu dan menjalinkan ikatan persaudaraan...bukan sebab nak menunjuk-nunjuk. Namun boleh juga sebagai cara untuk berdakwah bagi menarik minat seseorang ke arah Islam.


Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

" PAHALA BUAT SEORANG ISTERI"

PAHALA BUAT SEORANG ISTERI



" Sekali suami minum air yang di sediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun".

" Makanan yang di sediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik isteri itu mengerjakan haji dan umrah".

" Mandi junub si isteri di sebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin".

" Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suami sebagai jihad".

" Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (dzikir)".

" Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya".

" Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, niscaya ia dimasukan kedalam syurga". ( Hadis Riwayat Tarmizi)".

" Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembayang yang difardhukan di atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka".

Subhanallah...!!





Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Apa itu Bid’ah/Bidaah?




Assalamu'alaikum

Rasulullah saw ketika berkhutbah pernah bersabda sebagaimana yg diriwayatkan oleh An-Nasaai:

".....Sesiapa yg diberi oleh Allah petunjuk maka tidak ada sesiapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang telah disesatkan oleh Allah maka tidak ada sesiapa yang dapat memberi pentunjuk kepadanya. Dan sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah dari Kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk ialah Nabi Muhammad saw. Dan seburuk-buruk kejahatan adalah mereka-reka (pembaharuan didalam agama) dan setiap rekaan adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat dan setiap kesesatan adalah tempatnya didalam neraka...." - An-Nasaai.



Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

REDHA MENERIMA UJIAN DARI ALLAH S.W.T



Nabi s.a.w bersabda : Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah Taala berfirman kepada Malaikat penulis amalnya: “Tulislah juga untuknya amal-amal soleh yang biasa ia lakukan;” kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan baharu – bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya”. (Anas r.a)

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Adab Memberi Nasihat




Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi 
SAW telah bersabda: “Agama itu adalah nasihat.” Kami berkata: 
“Untuk siapa?” Baginda bersabda: “Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk 
RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam 
seluruhnya.”
Hadis riwayat al-lmam Muslim

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Pernahkah Anda Melihat Orang Yang Anda Sayang Ketika Mereka Tidur?




Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.
Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang. Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.
Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur.Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Hukum Memelihara Haiwan Peliharaan



Memerhatikan trend terkini, masyarakat kita sedang mengembangkan perhatian kepada haiwan peliharaan. Jika sebelumnya, orang islam hanya memelihara kucing dan ikan, pada masa ini kita melihat anak-anak muda yang suka memelihara haiwan-haiwan eksotik seperti sugar glider, hamster, iguana dan ginea pig. Bahkan ada juga yang cuba-cuba memelihara haiwan berbahaya seperti ular dan labah-labah.
Sebagai muslim, kita mesti merujuk kepada islam dalam setiap perilaku kita. Maka dalam soal pemeliharaan haiwan juga tidak terkecuali. Cinta kepada haiwan mesti terikat dengan hukum islam. Ia tidak boleh dikaitkan dengan perasaan hati yang sangat subjektif. Sikap sebegini boleh boleh membuka ruang untuk menentang hukum-hukum Allah sama ada secara sengaja atau tidak.

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

ABN Xcess pesaing baru ASTRO



Kehadiran ABN Xcess akan membuat pihak ASTRO pening kepala selepas ini dengan tawaran yang dibuat hanya RM29.99 sebulan dengan menyediakan 50 saluran pendidikan, informasi dan hiburan. Adakah ini petanda kejatuhan ASTRO? atau satu persaingan sihat akan berlaku serta bil siaran televisyen berbayar di negara kita akan turun tidak lama lagi?



Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

ADAB BERHADAPAN DENGAN SUAMI


  1. Ketika suami sedang bercakap, dengarlah dengan baik, diam dan tidak memotong percakapannya.
  2. Sikap suami hendaklah diterima dengan syukur, tidak menjawab apabila dimarahi dan bersabar ketika hati disakiti kerana kadang-kadang dia sengaja hendak menguji kita.
  3. Cepat bertindak ketika suami berhajat sesuatu sekalipun sedang letih. Tegasnya, taat kepada kehendak suami kecuali kehendak yang melanggar syariat.

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Kisah Akal dan Nafsu





Kisah Akal dan Nafsu

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.



Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Petua Dan Tips Mengelakkan Gastrik Di Bulan Ramadhan



Petua Dan Tips Mengelakkan Gastrik Di Bulan Ramadhan
Gastrik boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih rama lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :
  1. Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Tips untuk ibu menyusu di bulan Ramadhan




Tips untuk ibu menyusu di bulan Ramadhan
  • Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah.YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.
  • Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”. 

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

ISTERI DIANGGAP DERHAKA PADA SUAMI JIKA...



  1. Apabila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang. Sabda Rasulullah s.a.w. "Apabila suami memanggil isteri ke tempat tidur, ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu hingga ke Subuh."
  2. Membantah suruhan atau perintah suami. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa sahaja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia".

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Adakah benar syaitan diikat?




Assalamualaikum w.b.t

Apabila berfikir dan mengelamun sekejap di bulan Ramadhan, terlintas dibenak fikiran untuk mengetahui lebih lanjut tentang syaitan yang diikat pada bulan Ramadhan. Adakah benar syaitan diikat? Kenapa masih ada maksiat jika benar syaitan-syaitan telah diikat? Persoalan-persoalan semakin tersimpul dan naluri ingin tahu terus tertanya-tanya dan mungkin inilah jawapannya. Kepada pembaca yang lebih mengetahui akan hal ini diminta memberi pandangan dan nasihat terhadap entri kali ini..

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Pesanan Buat Suami – Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Makanan dan Hikmahnya menurut Islam




Pernah terlintas tak di fikiran kita, apakah kebaikan atau kemudaratan makanan yang kita makan? Saya masih ingat nasihat Nabi Muhammad yang lebih kurang begini… “Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang”. Kebanyakan dari kita tidak begitu peka tentang perlunya mengetahui khasiat setiap makanan yang kita makan. Ini penting agar kita dapat mengimbangi pengambilan makanan tersebut. Makan apa saja secara sederhana adalah sesuatu yang amat dianjurkan oleh Nabi junjungan kita. Dibawah ini adalah senarai makanan serta khasiatnya:-
Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”.

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

ASB/ASN Haram – Jabatan Mufti Negeri Selangor


Assalamualaikum!

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:
  1. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.
  2. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
  3. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.
Update: 09/06/2011, 0:14

Nabi dah pesan supaya jauhkan yang syubhah dan yang haram. Orang beriman bila dengar benda haram datang rasa taqwa dalam hatinya manakala orang munafiq akan marah-marah dan mencari jalan untuk melepaskan diri dari kelihatan bersalah –Ustaz Azhar Idrus 






Update: 13/06/2011, 17:09

Salinan surat rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor .Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu ini boleh berhubung terus dengan Jabatan Mufti Negeri Selangor seperti di bawah:

Jabatan Mufti Negeri Selangor
Tingkat 7 & 8, Menara Utara,
Bangunan Sultan Idris Shah,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tel: 603-5514 3400
Mufti: 603-5514 3738
Timb. Mufti: 603-5514 3730
Fax: 603-55197584
Email: mufti_sel@selangor.gov.my
Web: www.muftiselangor.gov.my
P/S: Sila share artikel ini untuk kebaikan bersama 



Wallahu’alam….

Sumber




Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Adab Berbuka Puasa Mengikut Sunnah





Hari ini Kalam Abu Musaddad ingin berkongsi dengan pembaca budiman berkaitan dengan adab-adab ketika berbuka puasa menurut sunnah. Di mana Rasulullah SAW telah mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa. Antara adab-adab itu ialah:
1. Membaca doa
Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa, Nabi SAW akan membaca : Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala.

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

AMALAN KESUKAAN NABI MUHAMMAD S.A.W DI BULAN RAMADHAN




AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

MAKAN CARA SIHAT IKUT SUNNAH NABI



KITA berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.
Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

10 Ten Productive Ramadhan Tips


Assalamualaikum w.b.t... 

Harini bob nak share top 10 produktif ramadhan... mungkin ramai yang dah tahu... tapi xpe.. just nak mengingat sesama kita... =)


Sambil2 tu.. meh layan sikit lagu kat bawah ni... hhehehe..





Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

10 sebab kenapa perlu makan kurma..



10 sebab kenapa perlu makan kurma..
  • kurma ni buah dari tumbuhan palma yg kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium,potasium, vitamin a dan C serta niasin.
  • dari segi saintifiknya dikenali sebagai phoenix dactylifera L berkesan mengubati gangguan usus kronil dan mengatasi sembelit.
  • penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, mengurangkan batuk serta pelbagai khasiat lain seperti diceritakan dalam 21 ayat al-quran yang menyebut mengenai buah kurma.
  • mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuaai untuk wanita sama ada ketika hamil atau selepas bersalin.
  • bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma sekaligus menggalakkan pertambahan kandungan susu.
  • berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sumsum tulang.
  • antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.
  • khasiatnya terbukti membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda kanak-kanak.
  • jus kurma dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
  • ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, menghindari barah, merawat buat pinggang, mencucu hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah ketika kelahiran.

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

CARA INSTALL WHATSAPP DI PC/LAPTOP


Cara Install Whatsapp Application di PC / Laptop



Assalamualaikum w.b.t .....

Di bulan yang mulia ni bob nak kongsi ilmu kepada yang belum tahu 'Cara Install Whatsapp Application di Pc / Laptop sahabat-sahabat... Rasanya semua sudah tahu kan kelebihan application ni? So xperlu lah bob nak ceritakan lagi.. so, jom kita mulakan.. pastikan korang fokus dengan arahan2 dibawah... kalau x, xmenjadi yer...

Langkah 1 - Download ANDROID EMULATOR- blueStacks [ Tekan di sini untuk download ]

Langkah 2 - Habis sahaja download.... double click kat installer tu... dan tekan 'run'


Langkah 3 - Setelah dah abes download... click .apk file yang sedia ada di dekstop korang....


Langkah 4 - Download Whatsapp dekat sini [ Tekan di sini untuk download ]


Langkah 5 - Install whatsapp application.... dan verify nombor telefon anda...

Langkah 6 - Sedia untuk berborak... =D

Note : [Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh mengesahkan WhatsApp Code menggunakan kaedah pengesahan SMS jadi anda perlu mengikut kaedah pengesahan PANGGILAN untuk mengesahkan code WhatsApp anda. ] Dan dingatkan bahawa setelah anda mula verify kod di laptop atau pc anda perlu verify kembali sekiranya anda menggunakan whatsapp di handphone anda... maksudnya boleh guna salah satu saja... JANGAN TAMAK BOLEH? hehehe..


Selamat Mencuba =D Sekiranya kurang jelas sila tinggalkan komen anda dibawah... Insyallah saya akan membantu secepat mungkin...




Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Kelebihan Solat Terawih







Kelebihan Solat Terawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama


Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam Kedua


Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa 
kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih 
Malam Ketiga


Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar 
meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-
dosa mereka.


Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Akibat Tak Tutup Aurat Di Facebook, Roh Gadis Tidak Tenang


Ini realiti yang berlaku sejak adanya laman sosial Facebook. Maaf, aku terpaksa menutup semua link yang gambar yang berkaitan dengan Arwah. Semua orang boleh baca, apa yang ada dalam gambar di atas. Seorang gadis yang dahulunya meletakkan gambar2 hotnya yang tidak menutup aurat di akaun facebooknya.

Yelah, mana ada manusia yang tahu bila ajalnya akan tiba. Bila dah jadi macam ini, nak menyesal tak berguna lagi. Gambar-gambar yang terdedah aurat masih lagi dapat di lihat orang orang lain dan dosanya mengalir walaupon arwah sudah tiada. Nauzubillah….mintak dijauhkan Allah…
Pengguna facebook diluar sana perlu beringat-ingat. Nak jadi hot di kalangan rakan-rakan facebook korang bukan ini caranya. Klo nak letak gambar dalam tu boleh, tetapi biarlah gambar yang menutup aurat. Supaya apabila perkara yang tidak di ingini berlaku, kita boleh pergi dengan tenang.
Suatu ketika dahulu, pernah berlaku kes menyihir gambar melalui gambar di Facebook. Untuk mengelak perkara sihir berlaku, jangan lupa amalkan Bacaan Mathurat setiap pagi dan petang. Aku pesan je kat orang, kadang2 aku pon terlupa dan terleka dengan kesibukkan dunia.
Share kepada rakan-rakan anda, supaya perkara macam ini tidak berlaku lagi. Kadang-kadang aku pernah dengar, “Kubur lain2, dosa pahala aku yang tanggung!!”. Bukan main lantang lagi bersuara, ingat ye saudara, saudara mati nanti, orang lain yang tlg menguruskan jenazah saudara, orang lain yang mengebumikan saudara.


Sumber

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

"JANGAN TAKUT UNTUK MELEPASKAN SESEORANG"


Assalamu'alaikumWarahmatullahi Wabarakatuh..

Kita punya hak untuk mencintai seseorang..
Kita juga punya hak untuk dicintai seseorang..

Akan tetapi...

Merasa telah memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan resmi itu bukanlah hak kita.
Merasa telah bisa berbuat apapun terhadap seseorang yang kita cintai tanpa ikatan resmi itu bukanlah hak kita juga.


Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA





Kelebihan Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.

Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.
Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Statistik Pelawat

Wikipedia

Search results