Petua Dan Tips Mengelakkan Gastrik Di Bulan Ramadhan
Gastrik boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih rama lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :
- Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
- Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa).
- Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa.
- Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.
- Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.
Tips Mengelakkan Gastrik Di Bulan Ramadhan
- Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan.
- Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
- Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
- Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
- Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
- Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
- Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
- Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
- Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
- Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.
Petua Mengelakkan Gastrik Di Bulan Ramadhan
3 biji kurma, Segelas susu segar/apa jenis susu (suam/panas lagi elok)
- Rendamkan kurma dengan susu 10 minit sebelum masuk waktu berbuka.
- Setelah azan, baca doa makan dulu, surah al-ikhlas dan selawat ke atas nabi 3 kali.
- Lepas tu makan kurma tersebut dan disusuli dengan air susu tersebut.
- Tunggu seketika atau solat maghrib dahulu dan barulah dibaca doa berbuka puasa dan makan juadah berbuka puasa.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba dan selamat menjalani ibadah puasa. =)
0 comments:
Post a Comment