-->

Pages

Kepentingan Bersahur

 

Satu ketika dahulu, saya selalu bersahur seawal jam dua belas dan kadang2 sahur jam 2, sebab kemalasan nak bangun sahur,Walaupun saya tahu, seeloknya bersahur di akhir waktu, sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Kata Baginda, "bersahurlah kamu kerana pada sahur itu terdapat keberkatan" – riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi Nasai dan Ibn Majah.
Tidak Ramai yang tahu kepentingan Bersahur ni sebenarnya, Disini saya sertakan beberapa kepentingan bersahur :-

 
  • Melalui sahur ini lah tenaga dibekalkan untuk badan untuk digunakan sepanjang hari. Kalau tak ambil sahur ni, badan lemah pulak nanti.
  • Penting untuk simpanan energi untuk aktiviti pada waktu siang.
  • Ada juga yang sebenarnya sanggup tak sahur, sebab time nilah juga nak cepat turunkan badan. Maka, depa pilih untuk tak sahur. Minum saja. Kalau tak makan, orang tu akan menjadi hiplogikimia di mana paras gula akan menurun. Ini akan menyebabkan rasa mengantuk, badan menjadi lesu, letih dan mengantuk. Silap-silap boleh naik paras darah.. cepat marah.
  • Penekanan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan adalah sangat baik dan telah dibuktikan melalui kajian sains.
  • Menurut pendekatan sains, sahur ni menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan yang paling utama dalam tempoh 24 jam adalah sarapan pagi.
  • Kajian mendapati bahawa mereka yang tidak bersarapan berisiko untuk mendapat kencing manis, menjadi gemuk dan sakit jantung.
  • Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma"
  • Semoga memberi manfaat pada semua.. Insyallah.. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak :)



    Penulis - Aku Hanya Insan Biasa Tidak Lari Dari Membuat Dosa

    0 comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    Statistik Pelawat

    Wikipedia

    Search results